Rabu, 16 Disember 2009

kek coklat fudge



BAHAN-BAHAN:


250 gm mentega
2 1/2 cawan gula kastor
4 biji telur
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan coklat cair
1 cawan air masak
1 cawan susu cair
2 sudu besar cuka
3 cawan tepung naik sendiri

CARA MENYEDIAKAN:
1. Pukul gula dan mentega sehingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
3. Masukkan susu cair, air masak, cuka, koko dan coklat cair. Akhir sekali, masukkan tepung.
4. Bakar selama satu setengah jam pada suhu 160 0C. Biar sejuk dan hias dengan coklat fudge.

BAHAN COKLAT FUDGE:
1 tin susu cair
1 cawan air
4biji telur merah
1 cawan serbuk koko
4 sudu besar tepung jagung
1 1/2 cawan gula kastor
250 gm mentega
1/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil vanila

CARA MENYEDIAKAN:
Masak kesemua bahan sehingga pekat. Biar sejuk sebelum dihias atas kek

dari;sajionline.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan