Rabu, 30 Disember 2009

agar-agar puding koko


bahan-bahan A
300 ml air

200 ml susu cair

125 g gula

2 camca besar serbuk koko

1 camca besar serbuk agar2

Bahan B

500 ml air

400 ml susu cair

250 g gula

10 g serbuk agar2

1 1/2 camca besar tepung kastard*

3 camca besar air*(*disatukan)

1. UNTUK AGAR2 COKLAT :- Masak gula dengan susu hingga mendidih. Masukkan serbuk koko dan kacau hingga sebati. Masukkan serbuk agar2, kacau rata dan masak hingga mendidih. Tapis ke dalam loyang dan biarkan betul2 keras. Kemudian potong kecil2.

2. UNTUK PUDING PERMATA :- Masak air, susu dan gula hingga mendidih. Masukkan bancuhan tepung kastard dan serbuk agar2. Masak sambil dikacau hingga pekat. Kemudian masukkan ke dalam loyang dan taburkan potongan agar2 coklat tadi. Biar sejuk baru dipotong

Tiada ulasan:

Catat Ulasan