Ahad, 27 Disember 2009

bihun sup utara



Sup:
Tumis bawang merah+bawang putih+halia. Masukkan stock tulang dan daging. Tambah carrot. Dah empuk masukkan celery dan garam serta sup bunjut (atau bancuhan serbuk sup). Kalau nak rasa style Sup Siam - ketuk2 cabai melaka dan perah air limau nipis
.
Sambal Merah (sambal nie wajib kena ada. if not, tak kick meh!):
Tumis bawang besaq dan cabai kering(kisar @ giling @ mesin). Dah garing tambah sos cili pedas dan sos cili manis. Tambah air sedikit dan gula+garam. Masak sampai sambal tu pekat.

Bihun:

Rendam semalaman. Peh tu celur.
Garnish dgn bawang goreng dan daun sup + coriander.

Bahan A
1 paket bihun ] rendamkan beberapa jam
2 s/b kunyit ]

Bahan Kuah
500 gm daging berlemak muda [potong besar]
300 gm perut
1 bungkus rempah bunjut
2 inci halia
3 ulas bawang putih 5 ulas bawang merah
1 s/b lada hitam [tumbuk kasar]
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
garam
air secukupnya

Bahan Hiasan
daun sup dan daun bawang [ hiriskan]
bawang goreng
cili merah [hiriskan]
limau kasturi [belah 2]

Cara

1. Rebuskan bahan kuah sehingga daging betul-betul lembut.
2. Daging dihiriskan nipis.
3. Celurkan bihun supaya lembut dan toskan.
4. Masukkan bihun dan daging serta bahan hiasan dalam mangkuk dan letakkan kuah.
5. Hidangkan.

SAMBAL MERAH
Bahan
100 gm cili kering ]
100 gm bawang merah ] mesin halus
3 ulas bawang putih ]
1 labu bawang besar [mayang]
3 s/b tomato sos
3 s/b cili sos
minyak
garam
gula

Cara

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan tomato sos dan cili sos. Kacau rata sampai naik minyak.
3. Masukkan bawang besar dan gula. Masakkan sehingga pekat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan