Ahad, 17 Januari 2010

puding belang



Bahan A
1 tin susu cair
5 s/b gula
3 biji telur A
1 s/k esen vanilla
Bahan B
1 tin susu cair
5 s/b gula
3 biji telur A
4 s/b serbuk koko atau 1 s/k serbuk nescafe + 1s/k coklat pes
Bahan C
2 s/b gula [hanguskan] atau 2 s/b madu
Cara
1. Kacau bahan A dan bahan B dalam 2 bekas yg berasingan. Tapiskan.
2. Panaskan periuk kukusan
3.Masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci.
4. Masukkan 1/2 cawan adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau sehingga masak.
5. Bila dah masak masukkan pula 1/2 cawan adunan B diatas lapisan adunan A.
6. Ulang bahan A dan B berselang seli sehingga habis.
7. Sejukkan dan terballikkan dalam pinggan hidangan
8. Potong dan hidangkan.

mee udang


bahan
2 bungkus mee kuning (kakak guna spaghetti)
telur rebus
sayur sawi (kakak guna kobis celur)
cili merah
bawang goreng
limau nipis
tauhu

bahan kuah
1kg udang
1 genggam udang kering
15 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
5 sudu besar pes cili
sedikit belacan, serai dan lengkuas
sos tomato
minyak utk menumis

cara
1. asingkan isi dan kulit udang
2. rebus kulit udang - kisar dan tapis air nya
3. kisar semua bahan kuah kecuali udang dan sos tomato
4. tumis bahan kisar
5. tambah sos tomato
6. tambah air kulit udang - tambah air utk kuah yg lebih
7. biar hingga mendidih - masukkan isi udang

kek belang


Bahan
1 cawan gula halus
1 cawan mentega
5 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp esen vanila
1 tbsp serbuk koko
sedikit pewarna merah

Cara
1. Pukul gula dan mentega.
2. Tambah telur satu persatu dan terus memukul.Tambah esen vanila.
3. Tambah tepung yang telah di ayak bersama baking powder dan gaul rata.
4. Bahagi adunan kepada 3 bahagian.
5. 1 bahagian di tambah serbuk koko, satu bahagian lagi di tambah pewarna merah.
6. Masuk ke dalam acuan berlapis lapis mengikut aturan warna.
7. Bakar pada suhu 180'C selama 45 minit.
8. Siap untuk di hidang. 

Sabtu, 16 Januari 2010

Jumaat, 8 Januari 2010

NASI DAGANG


Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 4 cawan beras jasmen
  • 1 tin(400ml) santan pekat
  • 4-5 ulas bawang putih-dimayang
  • 1cm halia - hiris macam bilah mancis
  • 1 sudu kecil halba
  • garam
  • gula

Cara-cara

  1. Bersih beras dan rendam. Sekurang-kurangnya 4 jam
  2. Ambik 1/4 tin santan. Tambahkan 1/4 cawan air untuk jadikan santan cair. 3/4 tin santan lagi jadikan sebagai santan pekat.
  3. Masak santan pekat bersama bawang, halba, garam dan gula sehingga gula/garam hancur. Jangan biarkan terlalu lama. Nanti nasi akan rasa cepat muak.
  4. Toskan beras. Kukus sekejap lebih kurang 5 minit. Kemudian angkat dan gaulkan dengan santan cair. Kukus semula sehingga nasi masak.
  5. Bila nasi dah masak, angkat dan gaul pula dengan santan pekat. Kukus semula dalam 5 minit.
  6. Bila dah siap bolehlah dihidangkan bersama gulai ikan tongkol atau kari ayam.
  7. Halba
     Inilah rupa halba(funegreek). Boleh didapati dari kedai yang jual spices.MYRESEPI

NASI MINYAK HUJAN PANAS




Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 4 cawan beras basmati
  • 5 cawan air
  • 2 kiub ayam
  • 2 helai daun pandan
  • pewarna merah, kuning dan hijau
  • [bahan tumis]
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • [bahan hias]
  • bawang goreng
  • kismis

Cara-cara

  1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.



  2. Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang



  3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi



  4. Masukkan beras dan gaul rata.



  5. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.



  6. Masaklah nasi sehingga masak



  7. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.



  8. Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka



FROM;MYRESEPI

NASI TOMATO



Bahan-bahan ( 4~5org )

  • 4cwn beras(dibersih dan ditoskn)
  • 190g minyak sapi(kalau darurat boleh guna marjerin)
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1/2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 cm kulit kayu manis
  • 1 biji bawang besar dicincang
  • 160g tomato puree (dlm tin)
  • 1.8 leter air rebusan yang cair (bole juga nk guna kiub pati ayam)
  • daun saderi yang telah dicincang dan bawang merah (optional)
  • bhn dikisar: 2 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah dan 1 hiris halia

Cara-cara

  1. Cairkan minyak sapi diatas api yang sederhana dan tumiskan rempah-rempah selama 1-2 minit.
  2. Masukkan bahan tumbuk dan teruskan menggoreng hingga masak. Masukkan bawang besar dan goreng hingga layu.
  3. Kecilkan api dan tuangkan puri tomato.Biarkan mendidih perlahan-lahan dan masukkan beras.Kacau rata-rata selama 1-2 minit.
  4. Masukkan air rebusan dan garam secukup rasa.Biarkan cecair meresap ke dlm beras sebentar.
  5. Kecilkan api, tanak nasi itu dengan bertutup hingga masak, masukkan daun saderi dan bwg goreng.