Rabu, 30 Disember 2009

KEK GULUNG


bahan-bahan(30/30)


4 biji telur

35g tepung gandum

15g serbuk koko

50g gula halus

>>krim

125g cream cheese

150g fresh cream/ whipping cream

30g gula halus

1 sudu besar lemon jus

Cara-cara Alaskan oven plate dengan baking paper. Asingkan kuning dan putih telur. Ayakkan tepung gandum dan serbuk koko. Panaskan oven sehingga 180C.

Pukul telur putih sehingga berbuih. Kemudian masukkan gula sikit-sikit sebanyak 3 kali sambil dipukul. Pukul sehingga kembang/bertanduk.

Masukkan kuning telur satu persatu. Pukul dengan perlahan-lahan.

Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Kacau dengan spatula. Tuang adunan ke dlm dulang oven dan ratakan.

Bakar selama 10 minit dengan suhu 180C. Kemudian sejukkan.

Sementara itu sediakan krimnya. Pukul cream cheese dan gula sehingga jadi lembut. Kemudian masukkan fresh cream dan lemon jus. Pukul lagi sehingga jadi bentuk krim.

Sapukkan krim ke atas kek tadi. Kemudian gulung. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1-2 jam sebelum dipotong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan