Rabu, 30 Disember 2009

kek buah-buahan


BAHAN-BAHAN;
2 1/2 CAWAN TEPUNG GANDUM

1 1/2 CAWAN GULA (3S/B GULA HANGUS)

1 CAWAN AIR SEJUK (250ML)

2 BIJI TELUR

250 GM MENTEGA (BUTTERCUP)

2 CAWAN MIX FRUIT (250GRM)

2 SUDU KECIL BICARBONATE

1 SUDU KECIL CREAM OF TARTAR

SEDIKIT GARAM

CARANYA:

1. AYAK TEPUNG DAN AMBIL SEGENGGAM DAN GAUL BERSAMA BUAH DAN LETAK TEPI.

2. AMBIL 3 SUDU GULA (DARI 1 1/2 CAWAN TU) DAN HANGUS DALAM PERIUK UNTUK JADIKAN

GULA HANGUS DAN MASUKKAN AIR DAN KACAU.

3. KEMUDIAN MASUKKAN BAHAN-BAHAN SEPERTI MENTEGA, GULA, GARAM DAN MIX FRUIT KE DALAM PERIUK TU. BILA GULA DAN MENTEGA DAH CAIR, MASUKAN BICABONATE DAN CREAM OF TARTAR. KACAU-KACAU SEBAB IA AKAN MERUAP BILA KITA MASUKKAN BICABONATE TU. SUPAYA ADUNAN TAK KELUAR DARI PERIUK…GUNA PERIUK YANG TINGGI LEBIH KURANG 7 INCI.

4. KEMUDIAN TUTUP API DAN BIARKAN SEBENTAR (AGAK-AGAK 10-15 MINIT).

5. MASUKKAN TEPUNG DAN KACAU SEBATI. PECAHKAN TELUR DALAM MANGKUK DAN KACAU-

KACAU (TAK PAYAH PUKUL SAMPAI NAIK) DAN MASUKKAN KE DALAM ADUNAN DAN KACAU

HINGGA SEBATI. KALAU ADUNAN LEMBIK SANGAT TAMBAH TEPUNG DAN KALAU TERKERAS TAMBAH AIR. ADUNAN NI TAK BOLEH CAIR….KALAU CAIR NANTI BUAH MENDAP KE BAWAH…PANDAI-PANDAI AGAK LA YE…

6. PANASKAN OVEN DULU DALAM 170 F . MASUKKAN ADUNAN DALAM ACUAN YANG DISAPU NGAN PLANTA DAN TABURKAN SEDIKIT TEPUNG DAN BAKARLAH SEHINGGA MASAK (KALAU OVEN KAK NUR LEBIH KURANG 1 JAM)

KEK GULUNG


bahan-bahan(2 biji jelly-roll-pan 28cm/28cm)
5 biji telur kuning (L size)

40 gm gula pasir

60 gm minyak masak

200 gm pisang

1 1/2 sudu besar plain yogurt ATAUPUN jus lemon

beberapa titik vanilla essence

60 gm air suam

140gm tepung gandum

1 sudu kecil baking powder

-bahan untuk meringue-

#5 biji putih telur (L size)

#secubit garam

#60 gm gula pasir

Cara-cara dengan mixer, pukul kuning telur dengan gula sampai keputihan dan kental.

tuang sedikit demi sedikit minyak masak kedalam 1. pukul lagi sampai bila tulis no 8, akan tinggal sebentar sebelum hilang kat permukaan batter.

dalam bekas lain, lecek pisang sampai jadi pes, campur yogurt, kacau. tuang kedalam 2. masukkan vanilla essence. masukkan air sedikit demi sedikit sambil kacau dibawah low speed. 4. ayak tepung dan BP 2 kali, tuang kedalam 3. kacau sebentar. ketepikan.

buat meringue yang kental dengan bahan bertanda #

ambil 1/3 meringue kacau kedalam 4. sampai sebati. masukkan lagi 1/3 meringue, kaup balik dengan spatula. lastly 1/3 lagi.

tuang kedalam dulang pembakar yg telah dilapik oven paper, bakar dalam 170℃ selama 15 minit ataupun bila check dengan lidi tak lekat. adunan diatas adalah untuk 2 dulang 28cmx28cm. kalau nak buat 1 dulang, separuhkan bahan2

bila dah masak, keluarkan dari oven, letak oven paper diatas permukaan kek, terbalikkan. tutup dengan plastik wrap dan biarkan sejuk diatas redai.

bila dah sejuk, boleh la sapu whipping cream dan pisang yang sebijik ataupun dipotong dadu dan gulung. balut dengan plastik wrap dan simpan dalam peti sejuk untuk serasikan krim dengan kek. panaskan pisau dengan air panas ataupun burner sebelum memotong untuk mendapatkan permukaan kek yang cantik.

note 1: lecek pisang betul2 sampai jadi pes untuk mengelakkan pisang dari mendap. boleh guna FP.

note 2: boleh masukkan kedalam acuan chiffon cake berukuran 20cm dan bakar selama 40-45 minit. jadi la banana chiffon cake.

tips: selepas meringue sudah kental dan tidak jatuh bila diterbalikkan, switch off mixer. cabut whipper dari mixer, dan kacau perlahan dengan whipper tadi untuk mendapatkan meringue yang smooth dan serata.
 
dari;myresepi.net

KEK GULUNG


bahan-bahan(30/30)


4 biji telur

35g tepung gandum

15g serbuk koko

50g gula halus

>>krim

125g cream cheese

150g fresh cream/ whipping cream

30g gula halus

1 sudu besar lemon jus

Cara-cara Alaskan oven plate dengan baking paper. Asingkan kuning dan putih telur. Ayakkan tepung gandum dan serbuk koko. Panaskan oven sehingga 180C.

Pukul telur putih sehingga berbuih. Kemudian masukkan gula sikit-sikit sebanyak 3 kali sambil dipukul. Pukul sehingga kembang/bertanduk.

Masukkan kuning telur satu persatu. Pukul dengan perlahan-lahan.

Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Kacau dengan spatula. Tuang adunan ke dlm dulang oven dan ratakan.

Bakar selama 10 minit dengan suhu 180C. Kemudian sejukkan.

Sementara itu sediakan krimnya. Pukul cream cheese dan gula sehingga jadi lembut. Kemudian masukkan fresh cream dan lemon jus. Pukul lagi sehingga jadi bentuk krim.

Sapukkan krim ke atas kek tadi. Kemudian gulung. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1-2 jam sebelum dipotong.

KEK LAPIS PRUN


bahan-bahan(square baking tin-small)
250g butter

1 1/4 cawan gula castor

7 biji telur

1 sudu kecil esen vanilla

1 paket Cream Crackers (kalau bole yg tawar)

1/2 cawan susu segar

1/2 cawan susu pekat

Coloring ikut suke

Sunsweet prune or asam deduwit

Cara-cara Sediakan pengukus, grease kan loyang. Sementara tu, blend cream crackers hingga jd halus.

Pukul butter dan gula hingga kembang kemudian masukkan telur sebiji sebiji sambil kacau ngan mixer.

Masukkan esen vanilla, susu segar dan susu pekat kacau.

Masukkan biskut yg dah diblend td sedikit demi sedikit hingga bancuhan jadi tak terlalu cair atau pekat.

Bahagikan adunan ikut color yg disukai. 2-3 color sesuai, dan bancuhkan setiap adunan yg dibahagikan 3 tadi.

Masukkan 4 sudu untuk 1st layer-ori color, kukus 10 minit. Kemudian 2nd layer-red color, 3rd layer-green color, 4th layer bolehla letak prune or asam deduwit tu. Repeat step ni hingga loyang penuh.

Masukkan dlm oven (medium heat) selama 10 minit untuk kek tahan lebih lama

agar-agar lapis roti


Bhn A

Agar-agar

Air

Gula - ikut manis

Pewarna merah

Bahan B

4 keping roti

400 ml susu segar

1 tbsp tepung kastad

Gula - ikut manis



1. Masak agar2 bersama air hingga agar2 larut.

2. Sambil tu blend roti bersama tepung kastad dan susu segar.

3. Masukkan bhn blend dlm periuk lain dan sendukkan 7 senduk agar2 yg telah larut ke dlmnya.

4. Masakkan diatas api sederhana sambil dikacau.

5. Tambahkan gula mengikut manis yg disukai. Ketepikan.

6. Agar2 yg masih berbaki tadi pula masukkan pewarna merah dan gula mengikut manis yg disukai.

7. Lapiskan agar2 mengikut kreativiti sendiri.

8. Sejukkan dlm fridge sebelum dihidangkan.

****Bila melapis agar2 pastikan satu2 lapisan tidak terlalu panas ( sejukkan sedikit ) baru dituangkan lapisan yg seterusnya...jika tidak lapisan akan bercampur

Untuk melekatkan antara 2 lapisan agar2 boleh dicucuk2 permukaan agar2 dgn garfu sebelum melapiskan lapisan seterusnya.

Sambil melapis agar2 pastikan baki agar2 dlm periuk dipanaskan dgn api kecil supaya tidak beku dlm periuk.
 
dari;as-hajar.foto

agar-agar puding koko


bahan-bahan A
300 ml air

200 ml susu cair

125 g gula

2 camca besar serbuk koko

1 camca besar serbuk agar2

Bahan B

500 ml air

400 ml susu cair

250 g gula

10 g serbuk agar2

1 1/2 camca besar tepung kastard*

3 camca besar air*(*disatukan)

1. UNTUK AGAR2 COKLAT :- Masak gula dengan susu hingga mendidih. Masukkan serbuk koko dan kacau hingga sebati. Masukkan serbuk agar2, kacau rata dan masak hingga mendidih. Tapis ke dalam loyang dan biarkan betul2 keras. Kemudian potong kecil2.

2. UNTUK PUDING PERMATA :- Masak air, susu dan gula hingga mendidih. Masukkan bancuhan tepung kastard dan serbuk agar2. Masak sambil dikacau hingga pekat. Kemudian masukkan ke dalam loyang dan taburkan potongan agar2 coklat tadi. Biar sejuk baru dipotong

Ahad, 27 Disember 2009

cucur badak



500gm ubi keledek (direbus dan dilecek halus)

100gm tepung gandum.

Bahan inti:

300gm kelapa parut (kelapa yang agak muda dan parut putih sahaja)

3 biji bawang merah (kisar)

3 biji bawang putih (kisar)

segenggam udang kering (kisar)

2 sudu besar cili merah yang telah dikisar(nak pedas boleh tambah lagi)

2cm kunyit hidup (kisar)

2 batang serai dititik

garam dan gula secukup rasa

Caranya:

Gaulkan ubi keledek yang telah dilecek bersama tepung gandum, uli hingga sebati, bentukkan bulat dengan saiz mengikut citarasa masing2 dan bubuh inti.Goreng dengan api yang sederhana hingga masak. Angkat dan bolehlah dihidangkan untuk sarapan pagi atau minum petang. Minum pulak teh o panas…. Emmm memang best.

Inti:

Panaskan minyak dalam kuali tumiskan bahan2 yang telah dikisar bersam serai bila dah naik bau masukkan cili, masak hingga pecah minyak masukkan kelapa parut, gaul rata, masukkan garam dan gula secukup rasa, masak hingga kelapa kering dan angkat. Sedia untuk digunakan.

rempeyek



bahan-bahan;

300 gm tepung beras

4 sudu makan ketumbar

2 sudu makan jintan manis

2 sudu makan jintan putih

6 biji buah keras

50 gm udang kering

4 ulas bawang putih

1 sentimeter kunyit hidup

2 biji telur (kecil)

550-600 ml santan cair (dari 1 biji kelapa)

garam dan serbuk perasa secukupnya

500-600 gm kacang tanah kecil (jemur beberapa jam sebelum digunakan)

ikan bilis kering secukupnya (buang perut dan kepalanya)

(Untuk tumpi: gunakan 300 gm kacan hijau yang direndam selama 8 jam kemudian

toskan airnya.

Cara :

1. Cuci ketumbar dan jintan kemudian toskan dan tumbuk atau kisar bersama buah keras, udang kering, bawang putih dan kunyit hidup. Jika dikisar, tambahkan 200 ml air.

2. Satukan tepung beras, bahan kisar, telur, santan, garam dan serbuk perasa.

3. Untuk menggoreng rempeyek atau tumpi, panaskan minyak dalam kuali kemudian bubuh sedikit adunan kedalam senduk bersama sedikit kacang tanah

dan ikan bilis (utk rempeyek) atau kacang hijau dan ikan bilis (utk tumpi),

4. kemudian curahkanadunan di tepi kuali dan biarkan hingga masak.

bihun sup utara



Sup:
Tumis bawang merah+bawang putih+halia. Masukkan stock tulang dan daging. Tambah carrot. Dah empuk masukkan celery dan garam serta sup bunjut (atau bancuhan serbuk sup). Kalau nak rasa style Sup Siam - ketuk2 cabai melaka dan perah air limau nipis
.
Sambal Merah (sambal nie wajib kena ada. if not, tak kick meh!):
Tumis bawang besaq dan cabai kering(kisar @ giling @ mesin). Dah garing tambah sos cili pedas dan sos cili manis. Tambah air sedikit dan gula+garam. Masak sampai sambal tu pekat.

Bihun:

Rendam semalaman. Peh tu celur.
Garnish dgn bawang goreng dan daun sup + coriander.

Bahan A
1 paket bihun ] rendamkan beberapa jam
2 s/b kunyit ]

Bahan Kuah
500 gm daging berlemak muda [potong besar]
300 gm perut
1 bungkus rempah bunjut
2 inci halia
3 ulas bawang putih 5 ulas bawang merah
1 s/b lada hitam [tumbuk kasar]
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
garam
air secukupnya

Bahan Hiasan
daun sup dan daun bawang [ hiriskan]
bawang goreng
cili merah [hiriskan]
limau kasturi [belah 2]

Cara

1. Rebuskan bahan kuah sehingga daging betul-betul lembut.
2. Daging dihiriskan nipis.
3. Celurkan bihun supaya lembut dan toskan.
4. Masukkan bihun dan daging serta bahan hiasan dalam mangkuk dan letakkan kuah.
5. Hidangkan.

SAMBAL MERAH
Bahan
100 gm cili kering ]
100 gm bawang merah ] mesin halus
3 ulas bawang putih ]
1 labu bawang besar [mayang]
3 s/b tomato sos
3 s/b cili sos
minyak
garam
gula

Cara

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan tomato sos dan cili sos. Kacau rata sampai naik minyak.
3. Masukkan bawang besar dan gula. Masakkan sehingga pekat.

kek pisang




bahan-bahan;

1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan tepung pancake
3/4 cawan gula
3 biji telur (saiz M)
3/4 cawan minyak
1 sudu kecil baking powder
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji pisang(kalo pisang kecil 4 biji )
esen pisang(xnak gune pon takpe)

  -Cara-cara pukul telur dan gula hingga kembang(warna putih).
tepung gandum, tepung pancake, sodabikarbonat dan baking powder diayak bersama.kemudian masukkan ke dlm telur yg dipukul.
masukkan minyak. akhir sekali masukkan pisang yg telah dilenyek. masukkan esen pisang kalo guna.
Bakar dalam oven pada suhu 150 darjah selama 50-60 minit atau kukus selama 30-40 minit.
saiz pisang yg diguna utk buat kek pisang

Sabtu, 26 Disember 2009



  CHOCOLATE RICE ORANGE MUFFIN

[18 muffin ]



Bahan A

2 cawan tepung gandum ]

1 s/k baking powder ] ayakkan 2 kali

1/2 s/k soda bikarbona ]

1 cawan gula perang

2 s/b coklat rice

hiasan ~ coklat chip [jika suka



Bahan B

1/2 cawan butter cair

1 cawan jus oren

1 biji telur [pukul sedikit]

1 s/k oren paste



Cara

1. Panaskan oven suhu 180 api [atas dan bawah] selama 15 minit.

2. Masukkan semua bahan A dalam mangkuk dan gaulkan rata.

3. Curahkan bahan B dan kacau rata.

4. Masukkan kertas muffin dalam acuan muffin.

5. Sudukan adunan dalam kertas muffin hampir penuh. Boleh hiaskan dgn coklat chips jika suka.

6. Bakarkan selama 20 minit.

7. Sejukkan dan boleh dihidangkan.

Bahan-bahan ( 6 biji- 7cm acuan muffin )


90g butter

70g gula halus

1 biji telur

40ml susu segar

sedikit vanila esen

110g tepung gandum

1 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil pandan emulco

Cara-cara Pukul butter sehingga lembut. Kemudian masukkan gula,pukul sehingga putih.

Masukkan telur sikit demi sedikit. Pukul sehingga semuanya sebati.(sebelum masukkan telur ke dalam adunan,pukul dulu sikit telur tu dengan garfu. Tak perlu kembang). Kemudian masukkan esen vanila. Pukul lagi sehingga sekata.

Masukkan pula tepung yg telah diayak dengan baking powder ke dalam no.2 sedikit demi sedikit sebanyak 3 kali berselang seli dgn susu segar sambil di kacau. (tepung-susu-tepung-susu-tepung)

Bahagikan adunan kepada 2. Ambik satu bahagian adunan, masukkan pandan emulco dan kacau sehingga sebati.

Isikan cup muffin dengan dua adunan yang berlainan itu. Bakar selama 25-30minit dengan suhu 180C.

bahan A(ayakkan)
2 cawan tepung gandum

2 s/b cawan serbuk koko

1 s/k soda bikarbonat

1 s/k baking powder

Sedikir garam


Bahan B

1 cawan pisang emas/berangan lecek

1 cawan minyak

11/2 cawan gula perang

2 biji telur [pukul sedikit dengan garfu]


Cara-cara penyediaan:

1. Ayakkan bahan A dan masukkan dalam mangkuk.

2. Masukkan bahan B dan kacau rata.

3. Masukkan dalam acuan kecil atau loyang.

4. Kukuskan selama 30 minit atau sehingga masak.

bahan-bahan;
180 g mentega

140 g gula halus

2 biji telur gred A

100 ml susu segar (c.mat guna susu cair)

220 g tepung gandum*

2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)

1 camca teh esen vanilla

1 camca teh coklat emulco

Cara:

Putar mentega dengan gula halus hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar, hingga habis. Masukkan esen vanilla dan kacau rata.

Cedok keluar 1/3 adunan dari no. 1 dan masukkan coklat emulco, kacau hingga rata dan sebati. Sudukan adunan tanpa warna dalam paper cup atau muffin cup, 1/2 bahagian, kemudian, sudukan sedikit adunan coklat. Gunakan lidi sate, buat beberapa pusingan untuk membentuk corak marble. Buat hingga siap.

Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 20 - 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang. Kalau suka boleh juga hias dengan krim putar dan parutan coklat...

Khamis, 24 Disember 2009

Asma/Sesak Nafas


Ambil 4-5 helai daun buah keras laut. Ramaskanlah daun tersebut dengan air bersih. Kemudian saringlah setengahgelas. Embunkan semalaman sebaik-baiknya dilakukan pada waktu pagi. Apabila bangun tidur, ambil air tersebut dandicampur dengan sedikit madu. Minumlah berulangkali setiap pagi ramuan ini.

Atau

Untuk mengatasi masalah penyakit sakit dada atau sesak nafas, anda hanya perlu merebus beberapa banyak yangboleh biji buah mata kucing. Apabila telah mendidih, sejukkan airnya untuk diminum. Lakukan amalan ini seberapa banyak kali yang boleh. Secara tidak langsung juga, ianya boleh mencairkan darah haid yang sering beku.
Pening Kepala


Ambil daun Serai dan ditumbuk hingga lumat. Kemudian pupuk pada dahi atau

Ambil umbi pokok bawang putih lalu di giling atau ditumbuk kemudian ditampalkan kebahagian kepala yang sakit atau Rebus daun Kangkung sampai mendidih,kemudian angkat dan lumatkan daunnya hingga halus. Masukkan dalam air garam dan saringkan. Minum air rebusan ini setiap hari atau Makanlah daun pokok Peria atau Minumlah air rebusan biji jintan hitam yang ditumbuk.

Khamis, 17 Disember 2009

kek coklat



bahan-bahan;
250 gm gula kastor
180gm  butter
3 biji telur
300 gm air
250 gm tepung gandum ]
50 gm serbuk coklat ]
1 s/k baking powder ] ayakkan
1 s/k soda bikarbonate ]

Cara:
1. Gula dan butter dipukul sehingga kembang dan gebu.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan tepung gandum dan kahirnya masukkan air pula.
4. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan 180'C selama 50 -60 minit.

Topping Coklat
250 gm cooking coklat
30 gm cocoa butter
Cara
1. Masukan bahan dlam periuk kecil.
2. Panaskan periuk kecil dalam periuk/pan yg lebih besar yg berisi air dan sentiasa kacau supaya coklat larut.
3. Sejukkan sebentar supaya coklat agak pekat.
4. Curahkan perlahan atas kek cokalt dan ratakan dengan spatula kek dan gunakan sikat kek untuk membuat corak.
5. Hiaskan topping mengikut kreatibiti sendiri.


dari;hanieliza.fotopagese

Rabu, 16 Disember 2009

agar-agar kering







bahan-bahan;
40 gm serbuk agar-agar
2 kg gula batu
1 kg gula pasir
4 liter air
Beberapa pewarna dan perasa - boleh gunakan warna dan perasa untuk konyaku jelly

Cara menyediakannya
Satukan semua bahan dan masak hingga tua/matang dalam 1 jam dengan api sederhana
sementara itu siapkan loyang 10#10.
Setelah adunan siap dimasak, sukatkan 280ml untuk setiap loyang.
Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan.
Setelah agar-agar sejat, gulung dan jemur dalam tapisan yang dialas dengan aluminium tray.

Nota
Untuk setiap 1120ml agar-agar yang sudah dimasak, campurkan dengan 2 tsp perasa dan masukkan pewarna secukupnya (sukatan ini menghasilkan 4 loyang).


dari;resepi.net

kek coklat fudge



BAHAN-BAHAN:


250 gm mentega
2 1/2 cawan gula kastor
4 biji telur
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan coklat cair
1 cawan air masak
1 cawan susu cair
2 sudu besar cuka
3 cawan tepung naik sendiri

CARA MENYEDIAKAN:
1. Pukul gula dan mentega sehingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
3. Masukkan susu cair, air masak, cuka, koko dan coklat cair. Akhir sekali, masukkan tepung.
4. Bakar selama satu setengah jam pada suhu 160 0C. Biar sejuk dan hias dengan coklat fudge.

BAHAN COKLAT FUDGE:
1 tin susu cair
1 cawan air
4biji telur merah
1 cawan serbuk koko
4 sudu besar tepung jagung
1 1/2 cawan gula kastor
250 gm mentega
1/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil vanila

CARA MENYEDIAKAN:
Masak kesemua bahan sehingga pekat. Biar sejuk sebelum dihias atas kek

dari;sajionline.com

agar kek coklat


                                                                                                                                                                   



1 paket agar-agar 30g
3/4 cawan gula
6 cawan air
1 tudung esen vanila
1 tin susu carnation (bahagikan dua)
secubit garam
1/2 tupperware saki baki kek coklat

Cara Membuatnya

-Masakkan agar2 dengan air.
-Bila dah larut masukkan gula, masak hingga hancur.
-Masukkan separuh susu.
-Masukkan esen.
-Masak sampai mendidih.
-Sementara itu mesinkan baki separuh susu dengan kek coklat.
-Keluarkan sebahagian agar2 susu, masukkan dalam acuan separuh. Biarkan sejuk. Bila sejuk lorekkan sediki - tujuan untuk mencantumkan putih dan coklat.
-Baki separuh lagi agar2 susu, campurkan dengan campuran 6. (susu dan kek).
-Tuangkan separuh lagi bahagian acuan dengan agar2 campuran coklat.Sejukkan dalam peti ais.


dari;resepi.netd

Selasa, 15 Disember 2009

puding warna-warni


Material A
1 peket gelatin [37 gm] [rendamkan before boiling]
6 mug of water
2 cups sugar

Material B
1 tin liquid milk
1 cup flour kastad

Material C
1 s / b powder bancuh koko
1 s / t Nescafe
1 s / b lukewarm water
Material D
red dye

Cara
1. Masakkan to the water so shattered.
2. Beat in sugar. If mendideh tapiskan.
3. B Bancuhkan materials and tapiskan.
4. Enter bancuhan B and chaotic materials so slightly thick.
5. Adunan isolate the portion 3.
6. Enter material bancuhan C dlam and 1 portion was a bit thick so masakkan.
7. Enter a few points of red dye in 1 portion and the chaotic flat.
8. Leave 1 portion at the origin color [yellow kastad]
9. Lapiskan with chocolate into perlahan2 adunan intermittent reference adunan seli with kastad and red adunan.
10. Let adunan loud moment.
11. Seukkan in petisejuk and can cut.
12. Serve.

from;hanieliza.fotopages.com

PUDING ROTI MARBLE

Bahan A

10 gm serbuk agar-agar cap bintang

1 Liter air

1 cawan gula

Bahan B 7 keping roti [buangkan kulit dan koyakkan kecil]

1 tin susu cair

1 cawan air buah koktel atau peach

1 s/k esen vanilla

1 biji telur ayam

Bahan C

3 s/b tepung kastad + 5 s/b air

2 s/b serbuk koko ]

2 s/b air ] bancuh

Cara

1. Masukkan Bahan A dalam periuk dan masakkan sehingga mendideh.

2. Blend halus Bahan B.

3. Bancuhkan tepung kastad dan air dan masukkan dalam Bahan B

4. Masukkan Bahan B dalam periuk Bahan A dan masakkan sehingga mendideh [nampak blup..blup gitu].

5. Tutup api dan bahagikan adunan pada 2 bahagian.

6. Masukkan larutan koko dalam 1 bahagian yg berasingan dan biarkan 1 bahagian warna asal.

7. Sediakan loyang dan tuangkan adunan plain dan coklat berselang seli mengikut beberapa lapisan yg disukai. Sejukkan.

9. Hidangkan puding dan hiaskan dengan hirisan peach atau fruit koktel dan lebihan air dalam tin.

dari;hanieliza.fotopages.com

piding gula hangus

Bahan-bahan ( sekeluarga )


3 sudu besar gula pasir

1 tin susu pekat

7 biji telur ayam

1 cawan air

1-Cara-cara Mula2 cairkan gula dalam loyang atas api sederhana kecil. Masak sampai gula tu kekuningan. Pastu bila dah cair... lenggang2 loyang tu biar gula tu rata.
2-Kepuk telur sampai berbuih pastu masukkan susu pekat tadi. Kacau rata.......baru masukkan air.
3-Last sekali tuang atas gula yang dah beku tadi....boleh kukus sampai masak...Kukus tu dalam 45 minit gitulaaa........
4-Bila dah sejuk terlangkupkan.....boleh la dijamu untuk keluarga.......

biskut koko




b


50g mentega tanpa garam

*70g tepung

*15g serbuk koko

*1/8 sk serbuk kulit kayu manis

*1/4 sk baking powder

*40g gula perang

*2 cubit garam

Cara-cara potong mentega 1 cm. pastu masukkan ke dalam peti sejuk. Panaskan oven ke 180C. Alas dulang/acuan dengan oven peper

Ayak semua bahan-bahan yang bertanda *. Keluarkan mentega tadi dari peti sejuk. Ramas-ramaskan dengan bahan ayak sehingga jadi berketul-ketul.

Ambik 2/3 dari adunan tadi. Masukkan ke dalam acuan dan tekan-tekan biar jadi sekata dan padat. Ambik adunan yang selebihnya tabur-taburkan ke atasnya.

Bakar selama 25-30 minit.

Potong memanjang 1-1.5cm ketika masih panas-panas. Kemudian sejukkan.

dari;myresepi.com

Isnin, 14 Disember 2009

kek coklat berkacang




A materials
Cooking chocolate 120gm

120gm butter

2 / 3 cup honey

¼ cup powdered sugar



B materials

1 ½ cups mixed dried fruit

2 / 3 cup flour

Camca meal powder 2 koko

1 camca cinnamon tea

½ cup almonds, chopped

½ cup cashew nuts, chopped

½ cup walnuts, chopped



Providing ways

1. Heat ketuhar at a temperature 180 degree C. Alas tin kek bersaiz four terms with wax paper 20x20cm and lengserkan with butter.

2. Masakkan materials so that all capuran A melting and sebati. Ketepi and sejukkan.

3. Sift flour, powder koko and cinnamon and then mix with dried fruit and nut mixture.

4. molten chocolate mix with eggs earlier. Then enter the dry ingredients. Fucked so sebati.

5. Pour into the tin kek and broil 35 minutes away or so that are not attached to adunan kek pencucuk.

FROM;azlirazli.blogspot   


agar-agar coklat

Bahan-bahan ( dpt dlm 10-15 acuan jelly )


1/2 paket agar-agar stripe atau ( 1 paket serbuk agar-agar)

6 keping biskut coklat Oreo ( inti krim putih keluarkan)

2 cawan air

2 cawan susu segar ( kalau takde leh ganti dengan bancuhan susu pekat manis atau susu kacang soya)

1/2 cawan gula

1 ikat daun pandan

2 sudu besar serbuk koko

1;Cara-cara rendam agar-agar kira-kira 2 jam sebelum direbus, kemudian masukkan 2 cawan air dan rebus agar-agar bersama daun pandan. Biarkan agar-agar betul-betul larut.

2;sementara itu blender halus biskut oreo, selepas itu masukkan susu segar, gula dan biskut oreo tadi, kacau sebati. Serbuk koko bancuh sedikit dengan 1 sudu besar air suam dan kemudian curah di dalam periuk agar-agar.

3;setelah semua sebati, curah bancuhan agar-agar didalam acuan dan setelah sejuk baru disimpan di dalam peti ais, agar-agar akan menjadi dua lapis dengan sendirinya, kalau nak lapisan biskut oreo tu lebih tebal, boleh tambahkan kuantiti biskut oreo tadi.

amat sesuai dimakan masa cuaca panas ataupun sebagai menu sampingan untuk anak-anak, Selamat mencuba. 
 
dari ;myresepi.com                                                                                                                                                                      

Rabu, 9 Disember 2009

Muffin Coklat

muffin coklat200    gm   coklat masakkan
70       ''       mentega 
2        biji     telur
50      gm gula halus
60      gm   tepung gandum
1         s/k   baking powder

cara membuatnya;
                         -cairkan coklat dengan cara double boiler
                         -masukkan mentega dan kacau sebati
                         -pukul telur dan gula hingga gula pecah
                         -masukkan ke dalam mangkuk coklat yg
                           telah diangkat dari dapur tadi
                        -ayak tepung dan baking powder masukkan
                          juga kedalam mangkuk tadi dan gaul sebati
                       -sudukan adunan kedalam acuan
                       -bakar 20 min    


        

Isnin, 7 Disember 2009

bebola coklat badam

400gm      coklat masakkan
250gn       mentega
100gm      gula halus
100gm      kacang hazel
1 sudu kecil esen vanilla

caranya;

-cairkan coklat dengan cara double boiler
-setelah cair,masukkan esen vanilla,mentega dan gula
-biarkan bahan tadi suam
-kemudian salutkan kacang hazel bersama bahan yg di biarkan suam tadi
  menjadi bebola atau boleh di masukkan ke dalam acuan yg di gemari
-masukkan ke dalam peti sejuk,dan boleh di hidang.......