Rabu, 30 Disember 2009

kek buah-buahan


BAHAN-BAHAN;
2 1/2 CAWAN TEPUNG GANDUM

1 1/2 CAWAN GULA (3S/B GULA HANGUS)

1 CAWAN AIR SEJUK (250ML)

2 BIJI TELUR

250 GM MENTEGA (BUTTERCUP)

2 CAWAN MIX FRUIT (250GRM)

2 SUDU KECIL BICARBONATE

1 SUDU KECIL CREAM OF TARTAR

SEDIKIT GARAM

CARANYA:

1. AYAK TEPUNG DAN AMBIL SEGENGGAM DAN GAUL BERSAMA BUAH DAN LETAK TEPI.

2. AMBIL 3 SUDU GULA (DARI 1 1/2 CAWAN TU) DAN HANGUS DALAM PERIUK UNTUK JADIKAN

GULA HANGUS DAN MASUKKAN AIR DAN KACAU.

3. KEMUDIAN MASUKKAN BAHAN-BAHAN SEPERTI MENTEGA, GULA, GARAM DAN MIX FRUIT KE DALAM PERIUK TU. BILA GULA DAN MENTEGA DAH CAIR, MASUKAN BICABONATE DAN CREAM OF TARTAR. KACAU-KACAU SEBAB IA AKAN MERUAP BILA KITA MASUKKAN BICABONATE TU. SUPAYA ADUNAN TAK KELUAR DARI PERIUK…GUNA PERIUK YANG TINGGI LEBIH KURANG 7 INCI.

4. KEMUDIAN TUTUP API DAN BIARKAN SEBENTAR (AGAK-AGAK 10-15 MINIT).

5. MASUKKAN TEPUNG DAN KACAU SEBATI. PECAHKAN TELUR DALAM MANGKUK DAN KACAU-

KACAU (TAK PAYAH PUKUL SAMPAI NAIK) DAN MASUKKAN KE DALAM ADUNAN DAN KACAU

HINGGA SEBATI. KALAU ADUNAN LEMBIK SANGAT TAMBAH TEPUNG DAN KALAU TERKERAS TAMBAH AIR. ADUNAN NI TAK BOLEH CAIR….KALAU CAIR NANTI BUAH MENDAP KE BAWAH…PANDAI-PANDAI AGAK LA YE…

6. PANASKAN OVEN DULU DALAM 170 F . MASUKKAN ADUNAN DALAM ACUAN YANG DISAPU NGAN PLANTA DAN TABURKAN SEDIKIT TEPUNG DAN BAKARLAH SEHINGGA MASAK (KALAU OVEN KAK NUR LEBIH KURANG 1 JAM)

KEK GULUNG


bahan-bahan(2 biji jelly-roll-pan 28cm/28cm)
5 biji telur kuning (L size)

40 gm gula pasir

60 gm minyak masak

200 gm pisang

1 1/2 sudu besar plain yogurt ATAUPUN jus lemon

beberapa titik vanilla essence

60 gm air suam

140gm tepung gandum

1 sudu kecil baking powder

-bahan untuk meringue-

#5 biji putih telur (L size)

#secubit garam

#60 gm gula pasir

Cara-cara dengan mixer, pukul kuning telur dengan gula sampai keputihan dan kental.

tuang sedikit demi sedikit minyak masak kedalam 1. pukul lagi sampai bila tulis no 8, akan tinggal sebentar sebelum hilang kat permukaan batter.

dalam bekas lain, lecek pisang sampai jadi pes, campur yogurt, kacau. tuang kedalam 2. masukkan vanilla essence. masukkan air sedikit demi sedikit sambil kacau dibawah low speed. 4. ayak tepung dan BP 2 kali, tuang kedalam 3. kacau sebentar. ketepikan.

buat meringue yang kental dengan bahan bertanda #

ambil 1/3 meringue kacau kedalam 4. sampai sebati. masukkan lagi 1/3 meringue, kaup balik dengan spatula. lastly 1/3 lagi.

tuang kedalam dulang pembakar yg telah dilapik oven paper, bakar dalam 170℃ selama 15 minit ataupun bila check dengan lidi tak lekat. adunan diatas adalah untuk 2 dulang 28cmx28cm. kalau nak buat 1 dulang, separuhkan bahan2

bila dah masak, keluarkan dari oven, letak oven paper diatas permukaan kek, terbalikkan. tutup dengan plastik wrap dan biarkan sejuk diatas redai.

bila dah sejuk, boleh la sapu whipping cream dan pisang yang sebijik ataupun dipotong dadu dan gulung. balut dengan plastik wrap dan simpan dalam peti sejuk untuk serasikan krim dengan kek. panaskan pisau dengan air panas ataupun burner sebelum memotong untuk mendapatkan permukaan kek yang cantik.

note 1: lecek pisang betul2 sampai jadi pes untuk mengelakkan pisang dari mendap. boleh guna FP.

note 2: boleh masukkan kedalam acuan chiffon cake berukuran 20cm dan bakar selama 40-45 minit. jadi la banana chiffon cake.

tips: selepas meringue sudah kental dan tidak jatuh bila diterbalikkan, switch off mixer. cabut whipper dari mixer, dan kacau perlahan dengan whipper tadi untuk mendapatkan meringue yang smooth dan serata.
 
dari;myresepi.net

KEK GULUNG


bahan-bahan(30/30)


4 biji telur

35g tepung gandum

15g serbuk koko

50g gula halus

>>krim

125g cream cheese

150g fresh cream/ whipping cream

30g gula halus

1 sudu besar lemon jus

Cara-cara Alaskan oven plate dengan baking paper. Asingkan kuning dan putih telur. Ayakkan tepung gandum dan serbuk koko. Panaskan oven sehingga 180C.

Pukul telur putih sehingga berbuih. Kemudian masukkan gula sikit-sikit sebanyak 3 kali sambil dipukul. Pukul sehingga kembang/bertanduk.

Masukkan kuning telur satu persatu. Pukul dengan perlahan-lahan.

Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Kacau dengan spatula. Tuang adunan ke dlm dulang oven dan ratakan.

Bakar selama 10 minit dengan suhu 180C. Kemudian sejukkan.

Sementara itu sediakan krimnya. Pukul cream cheese dan gula sehingga jadi lembut. Kemudian masukkan fresh cream dan lemon jus. Pukul lagi sehingga jadi bentuk krim.

Sapukkan krim ke atas kek tadi. Kemudian gulung. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1-2 jam sebelum dipotong.

KEK LAPIS PRUN


bahan-bahan(square baking tin-small)
250g butter

1 1/4 cawan gula castor

7 biji telur

1 sudu kecil esen vanilla

1 paket Cream Crackers (kalau bole yg tawar)

1/2 cawan susu segar

1/2 cawan susu pekat

Coloring ikut suke

Sunsweet prune or asam deduwit

Cara-cara Sediakan pengukus, grease kan loyang. Sementara tu, blend cream crackers hingga jd halus.

Pukul butter dan gula hingga kembang kemudian masukkan telur sebiji sebiji sambil kacau ngan mixer.

Masukkan esen vanilla, susu segar dan susu pekat kacau.

Masukkan biskut yg dah diblend td sedikit demi sedikit hingga bancuhan jadi tak terlalu cair atau pekat.

Bahagikan adunan ikut color yg disukai. 2-3 color sesuai, dan bancuhkan setiap adunan yg dibahagikan 3 tadi.

Masukkan 4 sudu untuk 1st layer-ori color, kukus 10 minit. Kemudian 2nd layer-red color, 3rd layer-green color, 4th layer bolehla letak prune or asam deduwit tu. Repeat step ni hingga loyang penuh.

Masukkan dlm oven (medium heat) selama 10 minit untuk kek tahan lebih lama

agar-agar lapis roti


Bhn A

Agar-agar

Air

Gula - ikut manis

Pewarna merah

Bahan B

4 keping roti

400 ml susu segar

1 tbsp tepung kastad

Gula - ikut manis



1. Masak agar2 bersama air hingga agar2 larut.

2. Sambil tu blend roti bersama tepung kastad dan susu segar.

3. Masukkan bhn blend dlm periuk lain dan sendukkan 7 senduk agar2 yg telah larut ke dlmnya.

4. Masakkan diatas api sederhana sambil dikacau.

5. Tambahkan gula mengikut manis yg disukai. Ketepikan.

6. Agar2 yg masih berbaki tadi pula masukkan pewarna merah dan gula mengikut manis yg disukai.

7. Lapiskan agar2 mengikut kreativiti sendiri.

8. Sejukkan dlm fridge sebelum dihidangkan.

****Bila melapis agar2 pastikan satu2 lapisan tidak terlalu panas ( sejukkan sedikit ) baru dituangkan lapisan yg seterusnya...jika tidak lapisan akan bercampur

Untuk melekatkan antara 2 lapisan agar2 boleh dicucuk2 permukaan agar2 dgn garfu sebelum melapiskan lapisan seterusnya.

Sambil melapis agar2 pastikan baki agar2 dlm periuk dipanaskan dgn api kecil supaya tidak beku dlm periuk.
 
dari;as-hajar.foto

agar-agar puding koko


bahan-bahan A
300 ml air

200 ml susu cair

125 g gula

2 camca besar serbuk koko

1 camca besar serbuk agar2

Bahan B

500 ml air

400 ml susu cair

250 g gula

10 g serbuk agar2

1 1/2 camca besar tepung kastard*

3 camca besar air*(*disatukan)

1. UNTUK AGAR2 COKLAT :- Masak gula dengan susu hingga mendidih. Masukkan serbuk koko dan kacau hingga sebati. Masukkan serbuk agar2, kacau rata dan masak hingga mendidih. Tapis ke dalam loyang dan biarkan betul2 keras. Kemudian potong kecil2.

2. UNTUK PUDING PERMATA :- Masak air, susu dan gula hingga mendidih. Masukkan bancuhan tepung kastard dan serbuk agar2. Masak sambil dikacau hingga pekat. Kemudian masukkan ke dalam loyang dan taburkan potongan agar2 coklat tadi. Biar sejuk baru dipotong

Ahad, 27 Disember 2009

cucur badak



500gm ubi keledek (direbus dan dilecek halus)

100gm tepung gandum.

Bahan inti:

300gm kelapa parut (kelapa yang agak muda dan parut putih sahaja)

3 biji bawang merah (kisar)

3 biji bawang putih (kisar)

segenggam udang kering (kisar)

2 sudu besar cili merah yang telah dikisar(nak pedas boleh tambah lagi)

2cm kunyit hidup (kisar)

2 batang serai dititik

garam dan gula secukup rasa

Caranya:

Gaulkan ubi keledek yang telah dilecek bersama tepung gandum, uli hingga sebati, bentukkan bulat dengan saiz mengikut citarasa masing2 dan bubuh inti.Goreng dengan api yang sederhana hingga masak. Angkat dan bolehlah dihidangkan untuk sarapan pagi atau minum petang. Minum pulak teh o panas…. Emmm memang best.

Inti:

Panaskan minyak dalam kuali tumiskan bahan2 yang telah dikisar bersam serai bila dah naik bau masukkan cili, masak hingga pecah minyak masukkan kelapa parut, gaul rata, masukkan garam dan gula secukup rasa, masak hingga kelapa kering dan angkat. Sedia untuk digunakan.